Trip + kerja gila

00:38 kerusikayu 0 Comments

Sape pernah ponteng kerja sila angkat tangan....

Hah kantoi!!

Post hari ni bukannya tentang kantoi dengan bos. Tapi lebih kepada keberanian yang disalah guna bila aku dengan selamba ponteng dua hari waktu belajar untuk pergi bercuti dekat Langkawi. Bajet drama tv3 sangat. 

"Bagitahu bos I mintak cuti"
"Pergi mana?"
"Langkawi"
"Dengan sape?"
"Sorang"

#foreveralone

Okay, moving on dari drama sedih. 

Aku pergi dengan family, so takde lah forever alone sangat. Kes ini terjadi sebab miscommunication antara aku dengan mak. Bajet nak pergi hari jumaat. Tup tup Rabu petang dia dah sampai. 

Aku pun mana la nak durhaka kata-kata mak. Berdosa tau. Ehem. Jadi, dengan selambanye aku ikut mak aku pergi Kedah.

Nasib baik time kat Langkawi tu takde plak supervisor aku cari. Kalau tak, mau aku terpaksa berenang balik kat mainland. Aku dah ke tak pandai berenang. 

Sebab cuti sekolah, memang Langkawi sesat banget. Pak sedara aku selamba tak sewa kereta (jangan harap kat laki arrange trip korang) so kitorang terpaksa la sewa kereta mahal. Kurang perbelanjaan untuk coklat. Muka sedih. 

Kitorang cuma pergi naik kereta kabel saje, sebab memang matlamat utama datang untuk membeli-belah. Memang HSG tu da jadi rumah kedua dah.

Kat cabel car sekarang dah ada banyak attraction baru, tapi yang kitorang tak sempat try : DINOSAUR!!! (sumpah aku tak ingat nama dia)



Masa kitorang datang tu belom bukak lagi. Encik kaunter tu kata lagi seminggu nak bukak. Cess bad luck. Jadi kitorang pun naik la kereta kabel je. 

Adik-adik lelaki aku yang nampak kat luaran je tough, sebenarnye penakut tinggi. Duk senyap je tak bergerak macam batang pokok. Award ntok paling berani dalam kereta kabel di menangi oleh...jengjengjeng

...si cilik ni yang siap melompat-lompat. Bertuah punya budak. Moral of the story, jangan bagi budak-budak makan coklat banyak sangat. 

Kitorang spend hanya dua hari sahaja di Langkawi and sehari di Perlis. Maklumlah pernah sekali je jejak Perlis. Cantik negeri nye. Tak sesak. Hijau. Rase cam nak pindah duk situ. 

Tu jelah rekod trip untuk 2015. Insya Allah bile rezeki murah dapat la pergi overlaut. 

Sepatutnye cerita sal kerja gila, tercerita sal trip lak. Ops. Korang camne lak? Ape cerita gila korang? Meh kongsi. 

Byebye.



0 popsicles: